Tuesday, April 9, 2013

bila sang langit menangis

rindu


yang amat


pada sebuah contengan

sepertimana rindunya 

daku

pada satu rahmatNYA

air mata dr langit



dan hari ini

syukur itu amat terasa

pada sebuah kerinduan

yang tertunai



yang DIA tunaikan



maka bumi ini kembali segar, dan basah

dek tangisan langit

yang lama membendungkan genangnya

dan akhirnya ditumpahkan jua,

di sini.


lalu aku menghamburkan rinduku

pada sebuah lembaran maya

dek bahagia nya 

atas sebuah kerinduan yang DIA tunaikan


maka aku tahu, DIA sedang memperingatkan

bahawa nikmatnya ini bukan sekadar hadiah

bisa jua jadinya ujian

yalah, ujian cinta namanya :)

diwaktu ini siapa kah yang lebih dicinta

DIA atau sang airmatalangit itu?


moga kita sentiasa meletakkan Allah dan cinta kita pada Allah

yang teratas :)





100413
Student hall,Unisza

No comments: