Monday, July 30, 2012

lega

bila marah

kadang saya hanya perlukan air mata yang merembes laju untuk melegakan dan meredakan..

tak perlu dihamburkan kemarahan pada insan yang berkenaan

cuma pada bantal, dan juga plg utama pengaduan pada Tuhan

inshaAllah- dengan kehendak Dia yang memiliki hati ini

esoknya saya mampu tersenyum ikhlas :)

-l.e.g.a-

Wednesday, July 25, 2012

buat kamu yang tabah

buat mereka yang Allah beri ujian.

moga Allah meninggikat derjatmu dan mengampuni dosamu,

atas kesabaran2 yang tak pernah pudar

atas ketabahan 2 yang meneguh

atas keredhaan terhadap apa yang Allah beri

moga Allah meninggikan iman dan taqwamu

sudah sunnatullah, ujian yang ditimpa

atas asbab penapisan, dan membuktikan ketulenan imanmu,

kerna mereka yang mendapat tiket syurga, pasti mereka yang benar tertapis

buat yang merasakan nikmat tak berhenti mengalir kedalam dirimu, mungkinkah itu, satu bentuk ujian?



dan , buat yang merasakan segaaalaaaa yang terjadi atas dirimu itu adalah nikmat, kamu ajaib tahu?

:)

senyum atas musibah,walau sambil airmata mengalir

p/s:dedikasi buat teman, dan juga buat diri serta insan terdekat, moga Allah mengampuni dosa kita.

-klang-
-6ramadhan-
-26 julai 2012-

Tuesday, July 24, 2012

sentuhan

s.e.n.t.u.h.a.n


Dalam dakwah, erti ini sangat perlu di fahami dan di pelajari. sentuhan akan melahirkan perbezaan dalam hasil. apatahlagi perangai dan sikap manusia yang memang dihasilkan oleh hati, perasaan, sentuhan dan ransangan. tarbiah adalah keberjayaan menghasilkan sentuhan dan ransangan ini. tanpa terpikat, terasa, tersentuh, manusia tidak akan bergerak dan bertindak !



Kadangkala point adalah sama. silibus dan wasail (cara) dan uslub (approach) adalah sama, tetapi produk tetap berlainan. 

Apa yang membezakan? SENTUHAN :)

baca lagi ,disini

-yang masih terus belajar 'menyentuh'-

Monday, July 16, 2012

pesanan


tika jauh
sering teringat pesanan ini

" ingatkan janji yang kita ikrarkan bersama. jangan lupa bayangkan muka sahabat-sahabt kita dalam rabitah kita"

pesanan yg kembali menyemangatkan bila mula malas.
malas mmg musuh utama saya.
sebab setiap kali malas diakhirnya setiap kali itulah ada penyesalan.
penat dengan - malas kemudian menyesal.

kene  jerit dan bangun dr kemalasan. uhuh!

(malas 'bekerja' dan mula inginkan kerehatan.)

kerehatan yang menyesakan jiwa. bahagia? tidak.....

yg tak penat cuma kena lawan kemalasan untuk terus belajar..
Allahu mustaan.

p/s: ofkos pesann diatas dr murabbiyah terchenta ^^

Tuesday, July 3, 2012

pancake

pancake

sebenarnya lamaa sgt dah nak buat. sebelum sem yang belajar bakery lagi. time bakery group den tak buat pancake. buat bananana nut cake.

alhmdllh, first try jadik

lembut dan gebu err ni testimoni dari adik ehe..

punyelah payah nak start buat

bukan susah tapi tak yakin dan malas;p
seacrh tenet, dgr org kate-susah nak buat pancake yang lembut, ade cara/teknik tersendiri

tapi once dah buat-jadi je alhmdllh biiznillah

ibrah yang terkesan dari pancake making-

kuncinya,BUAT.
macam cerita kek coklat by dibluba tu. bende dah ade, resepi dah ade. bende tak jadi kalau tak buat. dah buat tu,jadi tak jadi- itu cerita lain.

begitu juga Dakwah. Itu saya terkesan. ada cerita disebalik pengalaman dalam DnT, yang mengamit memori bila saya jadi buat pancake ni. takut memulakan setelah mendengar pengalaman yang sedikit tidak happy-ending dari orang lain. tak yakin. then, Allah teguhkan hati utk buat jugak. selagi tak buat sebenarnya rasa tak keruan. mmg betul kak sitibank bilang- dakwah ni, apepun, last2 kuncinya BUAT.

wallahua'lam

yang akan terus belajar