Thursday, November 1, 2012

lidah yang..

pagi.

usai solat subuh dan mathurat.

kakak itu meminta untuk membacakan kepadanya, (takkala dirinya berkejar menyelesaikan urusan rumah sebelum bergerak ke tempat kerja),

bait hadith yang terkandung dalam huraian hadis 15

berkenaan lidah

tak mampu diingati satu persatu bait kata dr hadis2 tersebut, mahupun sorotan ayat chenta dr DIA yang mengukuhkan huraian berkenaan hadis 15

namun terkesan

banyak bicara, jika ianya tersia, padah menimpa. namun jika kita berhati dlm bicara, dan yang terlantun adalah yang bermakna dan diredhaiNya, pahala ganjarannya.

walau bicara itu, kita anggap remeh.
benar,
walau perkataan itu dianggap remeh namun baik-baiklah ganjaranya.
jika kata-kata itu dianggap remeh namun ianya tersia dan tidak disukaiNya, mungkin dpt mengundang kemurkaanNya.

Allahu Allah :( :( TT_TT

bermenung seketika usai membacakan hadis2 dan ayat quran tersebut.

"berkata yang baik atau diam"

muhasabah buat hari ni.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. " 

p/s: takutnya nak tulis. tulis adalah kata-kata yang sunyi. namun ia tetap sebuah kata. moga tak ada yang tersia. usaha utk mengurangkan yg tersia. moga Allah mengampunkan di setiap bait lalu-kini-akan datang yang tersia. amin,amin,amin.


1 comment:

Ar-Rumaisa' 1411 said...

dahagakan penulisan kamu, budak comel ...