Tuesday, October 25, 2011

Repost : senyuman-itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukran lillah hamdallah..

Hari ini, penulis berkira-kira ingin menzahirkan nota dari hati penulis..

Base(asas) post hr ni: senyum

ha.ha.ha..dah terfikir ape2?

mungkin kisahnya lebih berkisar ttg diri penulis. Buat yang mengenali penulis, penulis harap agar antum dapat mengambil mne yg baik,mungkin anda akan bersetuju mahupun tidak,itu hak antum. Buat yang tidak mengenali penulis, takpe, perkara itu tidak penting sama sekali.moga semua dapat mengambil mana-mana yang baik, dan tegurlah andai ada yang salah..ok

baik. penulis mula..

~~*~~~*~~~*~~

Eh, sombong ke

Suatu hari disurau di KMNS...

Ketika sedang asyik bersembang serta bergurau bersama beberapa sahabat..

" ukhti, ana ingat enti ni sombong tau dulu.." shbtku berkata.

"oh, yeke...nmpk sombong ek" ana tertawa kecil

" huhu, sebelum kenal ingat camtu..tapi bila dah kenal, baru tau tak sombong lgsung pun..hehe"

" hrmm, baru ana tau ana nmpk sombong sblum dikenali rupanya..hehe. tak pe, susah sket org nk ngurat" sambil gelak nakal..

"hehe, enti ni.."

Dan selepas itu, bukan dari seorang ukhti je ana dengar komenan sebegini...ramai dah..waduh

"aah, kamu nmpk serius je bile jalan..tak toleh kiri kanan tgk2 orang lain ke.. dah lame saya perati"

"huhu, yeke...bagi saya, takde la wat muka serius.haha.. saya wat muka biase je..ngee, padan la orang kate sombong..adui~"

"haha.kamu,kamu.."

Seronoknya melihat senyuman

Ana masih ingat lagi, ketika di sekolah menengah dahulu, ada seorang kakak senior yang ana sgt suka melihatkannya

Kerna apa?

Kerna dia sentiasa tersenyum. Tak kisah la jumpa sesiapa(but khusus utk banat a.k.a perempuan), mesti senyum. Kadang kala kalau Nampak dia dari jauh, muka berkerut dan sepertinya ada masalah, tapi bila bertembung di tgh jalan, pasti senyuman dihadiahkan. Dari muka-yang-berkerut itu bertukar menjadi muka–yang-tenang-tiada-masalah. Wah. Jadi sejuk hati tau.

Dan di sini ada lagi seoarang tutor ana, yang ana sgt suka melihatnya juga.. orangnya sentiasa sabar dan senyum, walaupun kerenah student dia ni macam-macam..waduh (tutor tu dah smbg study..huu)

Dan ramai lagi ukhti-ukhti ana yang sebegini..

Betul lah menurut beberapa kajian, yang senyuman itu terapi buat yang memberi dan yang menerima..

Alahai, hadiah yang paling murah dan senang utk diberi..

Padanlah senyuman itu satu sedekah. Sedekah buat hati kita, sedekah kegembiraan buat sahabat kita atau orang yang menerima.

Subhanallah, hebatnya sebuah senyuman, dari mulut yang Allah ciptakan..

Perlukah senyum

Kisah pertama diatas membuat daku berfikir, perlukah utk senyum selalu..

dan melihatkan bahwa diri ini pun suka bila melihat orang tersnyum

so, why deny..

dan bila diri ini sudah bergerak jauh dalam arena dakwah ini, baru ku nampak dan mengerti keperluan dalam senyuman itu..

keperluan dalam membina dan mengekalkan ukhuwah sesama sahabt, esp sahabat seperjuangan :)

keperluan dalam menarik hati-hati mutarabbi, mad'u spy senang berada bersama kita

keperluan utk menunjukan bahwasanya, islam itu bukanlah sesuatu yang sentiasa serius dan digeruni..

keperluan utk terapi hati dan diri, spy tidak merasa lemah walaupun penat sangat..

dan banyak lagi keperluan-keperluan lain...yang tak tertaip disini..

Dan-kini-ana

Dan kini..

Ana on progress akan itu..

Ana sedang cuba untuk sentiasa senyum

Senyum buat sesiapa sahaja. kenal atau tidak..

Dah buat ujikaji. Ana puas hati..

puas dapat melihat insan yang menerima senyum dr ana, turut tersenyum..

dan hati saya turut puas walau senyuman itu tidak dibalas

aa.aa.aa..ops

ingin ana tekankan disini..

ana masih in progres..kadangkala masam juga. serius juga, sedar atau tidak.

Sebab ana in progress..

Mohon doa dari semua..especially dr yang mengenali..

Ana baru mula sikit..biar sikit-sikit ya. Tapi berterusan..insyaAllah

(*yes, ini re-post, so hasilnya x sure la skrg kan.. masih lagi terus mencuba utk jd lebih baik..doakan!)

Senyum-senyum juga..tapi

Ok, ini mungkin ingatan..

Biarlah senyuman itu mampu mendekatkan diri kita pada Allah..

Dengan melaksanakan hablumminannas~

Bukan sewenang-wenangnya senyuman seorang muslimah itu layak dilemparkan kepada sesiapa shaja..

Paham kan maksud ana?

Mahukan pencerahan? Baik, senyuman seorang muslimah buat lelaki ajnabi, rasenye tak perlu mungkin berlebih-lebihan. Cukup Sekadarnya sahaja.

Sekadarnya? Bagaimanakah? Ya, sekadar mmbuatkan rakan sekelas, cashier di supermarket, lecturer, penjual di pasar merasa kita tidak memusuhinya, dan dia merasa senang berurusan dengan kita. Senang bermaksud selesa. Tidak lebih dari itu.

Dan peringatan ini bukan hanya utk kaum Hawa di luar sana. Ini buat kaum Adam juga

Ingat, ada seketul daging disebalik 'sudur' kita yang sgt mudah berbolak balik, dan sgt sensitive. Ianya perlu dijaga. Jaga agar syaitan tak mampu menyerang kita dari segenap penjuru, dengan perkara yang mulanya bisa menjadi sedekah, akhirnya menjadi penyumbang dosa di buku 'akaun' kita. nau'zubillah! Mohon dijauhkan dari ma'siat dan dari murka-NYA

Senyumlah dengan hati

Ana baru pulang dari satu program.

Dan dari situ banyak yang ana belajar

Salah satunya: lakukan apapun dengan hati

Faham dengan hati

Baca dengan hati

Menulis dengan hati

Dan sampaikan dengan hati

Jadi, ana kira senyum pun, perlu dengan hati

Untuk siapa juga. Untuk kita yang memberi ini. Cuba try test, senyum yang bukan dr hati, dengan senyum yang ikhlas nk diberi.. bezakan?

Kita yang tidak akan puas selepas memberi senyuman plastic itu.

Dan biasanya si penerima akan merasa aura ketidak hadiran hati dlm senyuman itu .wallahua'alam

Apapun.. kita perlu cuba walau pun ikhlas itu adalah rahsia Allah..pupuk hati dan diri. Mohon petunjuk dan bantuanNya

Konklusi: senyumlah

Jika hatimu lelah, basuhlah ia dengan kesabaran.

Ceritakan dukamu pada ketabahan

Usaplah air matamu dengan harapan,

Jika kau terluka, tetaplah TERSENYUM kerana ALLAH~

Senyumlah dikala gembira, kerana itulah sebaik-baik utusan menggambarkan ketenangan di hati..

Senyumlah dikala berduka, kerna itulah m'gambarkan kerelaan hati menempuh dugaan Allah demi redhaNya

Senyumlah dengan hati kerana Allah..agar senyuman itu bisa menjadi saham yg baik diakhirah kelak~


~~*~~~*~~~*~~

buat semua: Ambil mana yang baik, tegur mana yang kurang. Semua ini dtg nya dari Allah, dn sgl kekurangan itu disandarkan pada kelemahan diri ana...wallahua'alam~


p/s: ya semua, ini re-post tulisan pd kenangan dan keadaan masa yang lalu.. masih lagi dlm process memperbaiki diri.. ambil point2 yang diwarnakan tu tau, tu yang penting.. tu yg nak dihighlightkn,tujuan re-post ini dibuat.. err cerita tu sekadar pemanis post je..kalau lah ianya manis.. hehe.. wallahua'lam.

2 comments:

AkuCaptainHero said...

hahah..betul la kot yg bab jalan tak tgkkiri kanan tuu.. org lain tegur smpai terkjut.. :P


p/s : susah gak nk senyum sy ni pon

nur,1990. said...

ehe~~

akak rushng, tak pun fokus time tu..hehe(cover)

jom senyuummm ~ :) :)