Saturday, October 22, 2011

nak tahu tak?

assalamualaikum,

ehem... bismillah

nak tau tak ??

imam ghazali pesan...

tarbiyyah tu kan....

bukan macam kita tanam benih,





then , kita biar dia tumbuh sendiri.(mcm berharap je lah dia tumbuh kan..)

bukan.bukan.bukan

tapi

tarbiyah tu.... kita


tanam biji benih tu....



kita siram ia...



kita baja benih tu ...



kita tengok tunas dia bercambah



kita buang ulat2 walau comel tapi menganggu gugat tumbesaran pokok tu..


dannn....



dengan izin Allah...

dapatlah kita tengok bagaimana cantiknya ia membesar....

dan menjulang tinggi insyaAllah


cantik kan + best ~~~


huhu, itulah tarbiyah dan mentarbiyah, seperti yang imam ghazali pesan kan...

ops, ni sy cite ikut style sy...(err mgkin ade pnmbah perisa sikit..huhu)


oke, baik lah

ini dia script teks asal:

"Tarbiyah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh, tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan, membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi” - Imam Ghazali rahimahullah


p/s: baca dgn mata hati jom, & try follow :)
segalanya kembali kepada Allah~

ye, ttg tarbiyah lagi kali ni, sbb ia + kehidupan susah dipisahkan..huhu

Thursday, October 20, 2011

satuhati (2)


Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh pun terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mempu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu

ukhtiku~~


p/s: rindukan kakak pertama yg menyentuh ht ku di sini
rindu juga sama kakak pertama yg sentuh hati ku time matrix
rindu 'murabbi doa rabitah' yg menyentuh ht ku time form 5
rindu sgt sama kakak pertama yang sentuh hati ku time form 1 dulu
oh, semestinya merindukan murabbi pertama ku di rumah :)

owh,seyes,

sgt2 rindu kat setiap insan yang pernah sentuh hati saya..
yg tlg siram ht sy biar x gersang,
yang tujukan jalan utk dapat CINTA DIA YANG UTAMA...

yang bantu utk ubah saya yang dulu agak keras hati utk menerima cinta fillah seorang ukhti, yang bantu saya temukan dgn apa purpose sy duk kat bumi DIA ni.
yang tarik tgn sy dgn lembut kearah jln SH ni
yang bantu utk sy stay & stay even
byk bende pedih, byk sakit,byk pening
tapi semuanya manis :)

ya , saya tahuuuuuu.....

semua itu datang dari Allah yg sangat2 penyayang

terima kasih Allah,
terima kasih

-ikaterathati2kamiyang inginmencintaiMu,yaRabb-

Saturday, October 15, 2011

satuhati

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya






~moga hati kita sentiasa bersatu kerana Allah~

Saturday, October 8, 2011

repost : Tarbiyah is magic

Bismillah

"bagi akaq la kan.. tarbiyah is magic.."

Tarbiyah is magic? Cetus hatiku penuh persoalan..

Yup,

Tarbiyah is magic..(cam cite fairy tail..gurau :D)

Sebab,orang yg bukanlah 'ramah' sgt dengan org lain pun,suka buat hal2 sendiri jer..

Tarbiyahlah yang menjadikan terasa perlunya beramah dengan sahabat2, dgn org lain..

Kirenye nak compare dgn dulu yg bukan mengambil peduli hal sekeliling, jd caring laah..


Tarbiyah tu kan, magic...

Before mengenal apa itu tarbiyah

Sgt x suka memasak..tapi makan suka ^^

Bukan apa,(mgkn x pndai kot), tp yela, nak belajar masak pun x desire~

But after ikut usrah, tgk akak2 nqibah suke bwk2 mknn (masak sendiri tu)..

Lagi2 bila bwk usrah, bwk adik2 nie..

jd cam makin lama makin minat nk masak..utk adik2 nie,utk shbt2 :)

Entahlah kan..

~*~

Betul jugak, ianya cam magic ( the T)

Sumtimes, org yang kite x penah pun nak jumpa..

Even bila first time jumpe (lagi2 cam time jaulah or daurah)

Cam hati ni terbuka luas menerima mereka..

Cam pelik gak kn..


Even kan,

Tarbiyah boleh jadi cam magic sgt..

Bile mana melihatkan, shbt2 kita nih kan x lokek memberi infak utk D n T ke, ape2 infak lah..

Cam on the spot pun boleh..

kdg2 even duit dlm account bank hmpir mncecah $0.00

subhanallah.. (3:134)

Bile shbt mmrlukan bantuan...kewangan atau apa2 pun..jika mampu, insan2 nih akan wiling nak tolong..atleast, tolong beri cdgn solution utk shbt yg memerlukan..

Even before ditarbiyah, kita2 nih sedikit berkira2 dll...



Urm...byk lagi kalau ikutkan..

Yang leh wat kite rasa..waaaaah~

hihi, magic tak?

Ke'magic'kan ni, asasnya ialah apa ya??

Asas nya...

IMAN

Dengan iman lahir TAQWA..

Dengan iman, lahirnya UKHUWAH..

Semua2 ni kan, dasarnya adalah iman...

Dan tarbiyah tu kan suatu proses =)

proses pembentukan diri..

Mengikut acuan quran dan hadis..

Dan perkara yg mula2 ditarbiyahkan dlm sseorg individu tuh ialah – AQIDAH dan IMAN

So sweet kan?? Huhu

Kat mana nk dpt tarbiyah eh? Jeng3..



p/s: bagi saya, tarbiyah jadikn saya lagi sayang pd Allah, sayang rasulullah, sayang pada ummi, abah, adik2(dulu garang sket..huu),sahabat, mutarabbi, murabbi( semua insan yg pernah 'menyentuh' hati sy)...seriusly yes, sy rasa bahagia itu :)

credit to kak nor. idea dr kata2nya :)

Tuesday, October 4, 2011

pengakhiran mereka begitu, kita pula?

Bismillah...

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah

Allah huwa Rahman wa Rahim, Pemilik segala sesuatu di langit dan bumi

Pemilik setiap hati2 di dalam alam semesta ini

Yang telah menyediakan segala nikmat utk kita sebelum satu cell dr diri kita tercipta

Yang telah menentukan rezeki setiap dari kita...

Telah menciptakan kita bersama dgn suatu tanggugjawab yang diletakan ..

Bukan dijadikan kita tanpa segala persiapan utk kita meneruskan tanggungjawab yang diletakn di pundak kita itu

2 tanggujwab yg temaktub dlm kalamnya yang suci

Albaqarah : 30 dan 51:56 menjadi bukti

Bahawa tidak Allah jadikan kita ini tanpa tujuan, sia-sia

Kita tercipta utk beribadah, dan menjadi khalifah d muka bumi.

Andai kita melaksanakan segala tanggujawab yg diberikan, maka Allah tambahkan ganjaran lagi utk kita...

Macam kalau kite berkerja kan, kalau kita wat ape yang dah boss kita tugaskan , kita akan dpt gaji..

Dan kalau kita wat dengan terbaik, cuba laksanakan dgn lebih baik, maka kita akan dpt bonus..

Sama juga..jika kita laksanakan tanggujwb kita sebaiknya, Allah pasti tmbhkn lagi ganjaran tu..

dan yang paling penting sekali, moga Allah redha pd kita~

Back to the topics,

Ana nak share satu ayat yang ana quote dr seorang muwajjih dlm satu program..

“ jangan dilihat orang yang masih hidup utk dijadikan contoh, tapi lihatlah mereka yang telah pergi. Kerana, orang yang masih hidup, kita x tahu apa pengakhirannya lagi, tapi mereka yang telah pergi kita sudah tahu bagaimana pengakhirannya. Jadi, kisah hidup org yang tlh pergi itu yang patut dijadikan contoh . yang husnul kahtimah, kita amik baiknya dan contohi... yang su'ul khatimah, kita jauhi penyebab buruknya..”

Disini juz nak mengajak sama-sama kita 'melihat' golongan2 hebat, yang jasadnya telah lama mati namun rohnya, jiwanya, auranya, kisahnya masih ‘hidup’ dari kira-kira seribu tahun lebih dahulu hingga sekarang.

ya,

pastinya insan yang teragung yakni RASULULLAh adalah contoh, figure yang terbaik yng boleh kita contohi..

para sahabat...

radiallahu anhu,

tabi’in, tabi’ tabi’in..

kisah2 semasa hidupnya lah perlu kita jadikan antara bacaan utama yang boleh kita jadikan antara panduan untuk memacu hidup kita.


Kisah para pejuang2 islam,

mujadid2 masa kini,

ikhwah akhawat yang telah pergi

namun perginya mereka hanyalah jasad namun roh perjuanganya masih kita dapat rasakan.

Figura2 seperti Hasan Albanna, rantisi, syeikh ahmad yasin, zainab al ghazali, ustaz dahlan, umar abdul aziz, ukhti yoyoh yusro, dan ramai lagi mereka2 yang kita boleh contohi.. moga roh mereka terus-terusan di redhai Allah subhana wataa’ala

Perjuangan mereka, apa yang mereka lakukan, mampu menjadi inspirasi. Ukhuwah mereka, hubungan mereka dengan Allah..ruh kekuatan dan semangat mereka dalam menyebar dan mengembangkan agama fitrah ini keseluruh alam..


Allahu rabbi jika mahu diceritakan satu prsatu, pasti x habis berhari-hari...

Ana nak ajak utk sama-sama kita jadikan bacaan terhadap kisah2 mereka ini mnjdi salah satu dlm list kita utk isi masa kita.

Baca dan hayati insyaAllah...dan boleh dipraktikan dlm setiap langkah kita utk melaksanakan segala pertanggujawaban kita kepada Allah, kerana Allah sudah tunaikan hakNya kepada kita semua..

amiinnn ya rabb~~


p/s: insyaAllah ada masa berhajat utk share sedikit sbyk kisah hidup figura2 hebat ini utk sama2 dihayati..moga Allah permudahkan

Wednesday, September 21, 2011

bertabahlah.

musim2 diuji sudah datang

Allah tak kan declare iman kamu sudah cukup kuat& meninggikan darjat kamu disisinya tanpa diuji..

T_T

hati,

bertabahlah dan sila kuat

angota tubuh,

buktikan dgn amalmu apa yang kamu perkata-kata kan

lidah,

kurangkan berkata. kerna apa niat kamu dlm setiap katamu

akal,

berfikir, berfikir, berfikir dahulu. fikrahkan apa yg dirimu dpt, bukan hanya kata, berkata dan berbuih2 mulut utk perkatakan.


-_-'


hati, jasad, dan aqal

seimbanglah dan seiringlah,

kerna yang membezakan antara ilmu dan fikrah, ialah amal~



:(


diri, bertabahlah dan teruskan meredah!
moga Allah sayang dan redha

Friday, September 16, 2011

jangan marah.

andai hati bengkak

kecewa

sedih

marah

kerana seseorang

siapa2 saja..lebih2 lagi yang kita kata, cinta padanya kerna yang ESA

lebih baik kita

mendoakannya dan doakan diri kita

moga Allah beri kesejahteraan hati dan kehidupan,

moga Allah beri hidayah dan petunjukNya yang meluas

moga Allah tidak lupa pada kita dan dia,

moga Allah beri maghfirah dan rahmat keampunanNya

moga Allah menjauhkan kita dan dia dr kemurkaanNya

pada kita dan dia

pada kita dan dia..


daripada kita memarahinya,

mengutuknya,

memandang serong pd dia,

malah menjatuhkan semangatnya..

kerna kata kita, sayang padanya kerana DIA...

mana mungkin kita berlaku tidak adil pada dia..

impaknya juga pada kita sebenarnya,

hati kita akan terus membusuk,

membengkak,

terhiris2,

kesakitan,

sedang tika itu 'musuh ketat' kita sedang bertepuk tangan, mentertawakan kita

kerna kalah dengan hasutannya...

maka,
ingatlah wasiat rasulullah,

la taghdob, la taghdob

ingatlah... sabar dan solat. sabrun jameel~

moga kita semua disayangi oleh Allah..
moga Allah sayang dan redha..


p/s: again, sila besedia dan bertabah dgn apa yg akan mndtg. sbb Allah kata- kita akan diuji dgn apa yang kita cakap. dan Allah kata, DIA x suka ngan org yang cakap tapi x serupa bikin..takuuutt T_T~~mohon doa semua.. moga Allah perkuatkan kita.

end of post.