Monday, January 9, 2012

fatrah yang unik (2): Takut dan harap~

"Tanpa adanya harapan, yang sakit tidak akan berubat, yang jahil tidak akan belajar, yang miskin tidak berusaha mencari harta, yang gagal tidak akan berusaha memburu kejayaan."-ustazah maznah-

Yes

dan manusia itu miliki sifat khauf wa raja'
kita punya rasa takut namun kita juga punya harapan

takut gagal, harapkan berjaya

takut masuk neraka, harap dapat masuk syurga

takut sangat pointer jatuh, harap sgt dapat dean least. eh.

ya kita takut Allah murka, tapi kita harap akan keampunanNYa, pertolongannya, cintanya, maghfirahnya...huhu

Daripada Jabir bin Abadullah r.a., dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tiga hari sebelum kewafatannya (maksudnya): “Jangan seseorang kamu mati kecuali dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” Riwayat Muslim. Ertinya apabila dia telah berbuat kebaikan, maka hendaklah dia bersangka baik dengan meletakkan harapan bahawa Allah akan menerimanya.

Daripada Anas r.a., dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah Taala telah berfirman (maksudnya): “Hai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana engkau menyeru NamaKu dan berharap kepadaKu, Aku akan ampunimu, apapun keadaanmu dan Aku tidak peduli. Hai anak Adam! Seandainya dosamu mencecah langit, kmeudian engkau memohon ampun, akan Aku ampunkan dan Aku tidak peduli. Hai anak Anak! sekiranya engkau datang kepadaKu dengan dosa sebesar bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan kempunan sebesar bumi juga!” Riwayat at-Tirmizi

dan ya,

Manakah harapan yang lebih besar daripada harapan seorang hamba yang berdosa selain daripada mengharap keampunan Tuhannya?
so, kalau harapan sebesar itupun Allah tunaikan, apalagi harapan yang lebih enteng daripada itu?
subhanallah!

but,
meaning of 'harapan' itu subjektif
perlu dicerahkan konsepnya
andai disalah fahami tentang harapan yg subjektif itu, mungkin kita sdg wat harapan yang tercela. nauzubillah

"harapan seseorang yang bergelumang dengan dosa dan maksiat, kemudian dia berharap Allah akan merahmatinya tanpa taubat, tanpa amal. Itu merupakan harapan paling palsu dan dusta semata-mata." u.maznah

harapan yang benar dan terpuji,

"Harapan seseorang hamba yang melakukan amal soleh. Dia berharap agar amalannya diterima dan diberi pahala. Dan harapan seseorang hamba yang berdosa, kemudian dia insaf dan bertaubat. Dia berharap agar Allah menerima taubatnya dan mengampuni dosa-dosanya."u.maznah

berharap TANPA sebarang usaha, ikhtiar, doa - adalah palsu

yang hakiki,
bilamana ianya diserta dengan usaha yang sangat bersungguh. dan demi redha NYA adalah yang TERBAEK!

analogi: kita jawab pereksee, berharap dapat result yang bombastik
tapi x pegang langsung buku. oh ini adalah palsu

so klu hakiki- kita wat dengan sgl usaha dan kudrat kita, yg the best kita boleh bg, then berharap moga Allah kurniakan natijah yang baik pd result kita.
that the true hope :)

cuba kaitkan ngan bende2 lain. kaitkan ngan taubat. fikir-fikirkan bersama, dan muhasabah. sooobss~~

Allahu a'lam

No comments: