Friday, March 4, 2011

kisah lagi.

" Doakan saja dia. InsyaAllah kita usaha"

diam.
menjeling kearah susuk tubuh itu
sedang girang bermain alat permainan apa ntah.
Allah, andai sahaja dia tahu.
jangan, terhapus senyum di bibirnya nnt. terbelenggu resah di benaknya.
dia masih kecil, masih belum benar mengerti akan kehendak Ilahi. mgkin masih belum benar mengerti hakikat redha.

" agak tinggi stage tu. hrmm.." lelah dilepas...

"masih awal lagi menurut dr"
"insyaAllah, mcm kamu juga dahulu...doa shj"

pandangan dilemparkan kembali ke wajah itu. kemudian mata dialihkan ke wajah si ibu. tergambar jelas sedikit suram, namun sedang cuba dihapuskan dengan keyakinan akan hikmat dan ketentuaNya. terlukis resah itu di wajah si ibu.

"penyakit tu, makhluq Allah juga..bila Allah nak suruh ia dtg pada kita, ia dtg..bila Allah suruh ia pulang semula kpdNYA (kita sembuh), dia pulang..dn sebaliknya. maka, pada siapa kita berharap akan semuanya, tentulah pada Ya Khaliq." si ibu berbicara, penguat smgt barangkali.

sebak.

itulah yg bertandang di hatiku saat itu

segera cuba dihapuskan genangan di kelopak mata.

mogaAllah permudahkan. moga Allah rahmati. Moga Allah sembuhkan.
ya hayyu ya qayyum. fahgfirli zunubi, wa li usrati...

Thursday, March 3, 2011

ausini

"Assalamualaikum....
ukhti, teruskanlah menulis kerana dakwah ini.

teruskanlah menulis kerana ingin menunjukkan betapa cintanya anti kepada Allah

teruskanlah menulis selagi tarbiyyah masih menjadi jalan anti di dunia ini"

jazakillah ya ukhti, jazakillah

kerana iman dan tarbiyah, ingatan ini diberi. really appreciate.
even we never meet before :)