Wednesday, December 28, 2011

"kerna iman ku yg compang-camping"



Ketika ku baca firmanNya;

“Sungguh tiap mukmin bersaudara.”
Aku tahu, ukhuwah tak perlu diperjuangkan
Tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman.

Aku ingat pertemuan pertama kita, ukhti sayang
Dalam dua detik, dua detik saja
Aku telah merasakan perkenalan

Bahkan kesepakatan
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
Dengan iman yang menyala; mereka telah muafakat
Meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

Ya, kubaca lagi firmanNya;

“Sungguh tiap mukmin bersaudara.”
Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu diperjuangkan
Kerana saat ikatan melemah

Saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan

Saat kebersamaan serasa seksaan
Saat pemberian bagai bara api

Dan saat kebaikan justeru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukanlah ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering; imanku lah yang compang-camping :(

Kubaca firman persaudaraan itu, ukhti sayang
Dan aku makin tahu,mengapa di kala lain diancamkan;
“Para kekasih pada hari itu,”

“Sebagian menjadi musuh sebagian yang lain,”
“Kecuali orang-orang yang bertaqwa”.

(Salim A. Fillah)


"bila berlaku apa-apa masalah ukhuwah dalam saff perjuangan, meski terkadang kita cenderung untuk pantas merawat; namun dengan sebenarnya kita sama sekali tidak perlu bersusah payah untuk membaiki masalah ukhuwah itu. Di alam realiti nyata teramat sukar untuk dilaksanakannya."

Tetapi, yang lebih utama untuk kita melakukan ialah memperjuangkan kembali keimanan dalam diri yang sedang bertelagah itu. Mengingatkan kembali pada keimanan. Justeru hanya keimananlah yang akan mampu menyatukan hati-hati yang terbelah-bahagi.

Kerana ukhuwah hanyalah akibat dari iman. Maka masalah ukhuwah tidak perlu diuruskan secara luaran. Kerana hanya iman yang mampu menguruskan perasaan."


its touchy~~~

yup

perlu jaga hati. jaga iman.

Allah akan jaga ikatan hati, Allah akan smbungkan ikatan jiwa.

kerna Allah pemegang hati-hati kita.

kembali muhasabah dan perbaiki. moga menjadi diri yang lebih baik dan fresh.

dan insyaAllah hati kita ya ukhti syg fillah, akan terus bersatu atas nama DIA yg satu insyaAllah~~~~


olahan dr sumber

edit sikit sajak. dr word akhi ke ukhti utk kesesuaian.:)

Thursday, December 22, 2011

give ur time fully?

bismillah

oke. hari ni ada dua post.rasa nak tulis banyak2.

semalam ada usrah,

time usrah saaangaaaat touching dgn ayat tadabbur yang ni

"Dan org-org yang terdahulu lg yang pertama-tama(masuk islam) di antara org-org muhajirin dan ansar dan org-org yg mengikuti mereka dgn baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha dengan Allah. Allah menyediakan bg mrk syurga- syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka KEKAL didalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung." (9:100)

(coversedihjetimetu)

dan tsentak dgn ayat yng dishare oleh kakak syg fillah,my usrahmate

"sesungguhnya Allah mmbeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan mmberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."

minggu ni busy dgn study busy dgn alat..huuuuT_T
pastu mcm byk bg alasan kat diri.
-sebenarnya ada tanggungjawab BESAR yang sdg dipikul,tp msih terkial2 nk wat sorg.sob-
mmg x patut.

balik usrah tu, muhasabah balik

terlintas satu ayat kat dlm hati:

"sambil lewa dlm DnT, pastu nak pulak syurga DIA. nak islam menang, nak capai UA, nak macam2. nak buat bisnes ngan Allah, tapi x sanggup nak bg HARTA, MASA dan DIRI fully...(FULLY oke!).aduh, macam mane tu wahai diri!??"

dush.
sobs.

tercucuk.sakit

then terkena lagi dgn sharing sahabat syg fillah

"
semakin kita sibuk, semakin menguji utk mlaksanakan amalan ukhrawi.. sedar x sedar, itulah hadiah dari Allah.. rebutlah hadiah Allah dan peliharalah ia ~
"

TT_TT

....

tambah dgn ujian lain. jd rencah.jd sentitive sikit.

......

tapi naakkkk sgt jd mcm golongan di ayat yg pertama td.nak sgt~~~~~


sebab tu perasaan sprti 'previous post' terkeluar. sobs lagi.


ya Allah, bantu diri utk harungi UJIAN yang MENGUATKAN~

-sayamestipositive!-
-mesti bg diri dan harta dan masa fully! mesticuba!-

sekian.postinisedikitmeluahperasaan.
sila jangan marah jika x bagi faedah. tapi ada point yang nak share. hope boleh trace dan ambik mana yang baik.wallahua'lam

Wednesday, December 21, 2011

...

"Ketika aku menangis,
Ketika aku disakiti
Ketika aku tak kuat lagi
Ketika doapun seakan tak terjawab
Seakan aku sendirian
Aku tahu Tuhan menggendongku saat ini..

Hari ini aku menangis.
Mencoba menahan , tapi nggak bisa.
aku ingin kuat ..
menangis menangis menangis ..
selalu sajaaa !Arghhh
ya Allah , jangan tinggalkan aku :(
kuatkan hamba ya Allah ..
Jadikan hamba , manusia yang tegar .." .creditedtobintunoh
.


lately muram.

banyak nak luah tp pendam.

takut tersilap kata terkecil hati

last2 balik kat kita balik sedihnya

hari-hari motivate diri

x mboh sekali2 jauh dengan DIA

x nak KALAH dengan MUSUH NYATA

x nak give up

org mukmin kena sentiasa positif sebab Allah ada kat sisi dia.

nak jadi mukmin, nak kuat

cuba3!

fighting!

Saturday, December 17, 2011

susah?

semua ada ujian

semua pasti ada masalah

Kadangkala kita rasa,

Kenapa aku yang ditimpa ujian ni, diberi tanggujawab yg berat ini


Dan kita bengkak2 mata menangis

Atau demam-demam pening duk piqir atau pendam kat dalam

Nak cerita rasa berat, nak luah rasa x perlu

Sumtimes kita rasa x perlu nak beratkan org lain dgn masalah kita.


Kita rasa,

Rasa pahiiiit sangat utk senyum

Sangat.


Sekejap.

Kita lupa kot

Allah kan ada. :)

Dekat sangat sebenarnya. Kita je kurang rasa.T_T


orang yang 'tough' kena senyum dengan nikmat dan ujian.

Eh, bukan. Mu’min yang tough.

Sebab dia hadapi dengan sabar dan solat

susah? cuba wat dulu.^^


teringat kata-kata Rasulullah pd Abu Bakr time Abu Bakar takut org quraish dpt jumpa mereka dlm gua thur ketika hijrah

" la tahzan, inallah ha maana"

p/s: apapun, lepas kita luah kat DIA, andai kita masih x tenang, kita cuba share dengan someone yang kita thiqoh. Yang kita percaya dgn peribadinya, dia mampu membantu kita. X selesaikan masalah pun, tapi mampu gengam tangan kita(tanda dia paham dan bersama) dan mendekatkan kita lagi dengan ayat-ayat Allah. Bg sesetengah orang, ia sukar. Tapi kita boleh cuba. Jangan sedih lama sangat- cuba senyum :)


-utkdirisendirisenanye.uhu-

Wednesday, December 14, 2011

happycircle~

one of my adik syg fillah, post kan ini di mukabukunya,
♥ ukht Nasihah Nazmi ♥ ukht Syaima' Ansorullah ♥ ukht Bintu Malek ♥ ukht Nur Jannah
p/s: mcm happy circle kte laa.. ehe~
dn tag sama video osem yg dh femes ini,



sungguh rasa di hati hanya Allah yang tahu.

syg.mereka.fillah.


yup, sengaja nak share.

bak kata ukhti syg fillah,
"saya dah ade 행복한 가족
anda bila lagi???"
p/s yg bersirat 2: nak rasa kesedapan mi bandung muar, kene try sendiri..ehe. *kenyitmata*

Sunday, December 4, 2011

bulatan 'nucleus'

Ku punya satu bulatan

Bulatan ini cukup bermakna buatku..


Mereka memandang

Mungkin hairan

Lalu bertanya: apa ada pada bulatan itu

Ku tersenyum,

Dlm benak mahu dijawab sahaja pertanyaan itu dgn senyuman


Melihat aku tersenyum,

Mereka malah hairan,

Lalu bertanya lagi:

“apa pentingnya bulatan itu kepada kamu”


Bulatan itu ,

Bulatan cinta

Bulatan itu,

Bulatan meyuburkan jiwa


Bulatan itu, tidak selalunya dipenuhi dengan senda gurau mencuit hati,

Mahupun curahan ilmu semata.

Ianya..

Bulatan manusia yang punya seribu satu rasa,

Kadangkala terisi dgn ketegangan,

Kadangkala,Curahan rasa dilemparkan

Kadagkala, air mata mengisi bulatan itu

Namun semuanya pasti dikonklusikan kearah tuhan.

Kembali dicerahi dgn fikrah islam

Dengan pemikiran islami, dgn jiwa islami

Dan dari itu, hati mula bahagia...


Dari bulatan itu..

Ku mengenal terlalu banyak erti rasa

Terlalu bnyak...

Tak mampu ditafsirkan dgn kata-kata


Dan Bulatan itu benar2 mentarbiyah

Direct

Indirect

Yang pastinya dr DIA, namun disalurkan melalui bulatan itu


Apa yg ku pegang,

Bulatan ini insyaAllah mampu menerbitkan peribadi muslim

Bulatan yang merupakan asas kepada binaan tamadun islami

bukan aku mereka-reka akan formulasi ini

Namun semuanya diambil dari sirah nabi, sejarah KITA yang terdahulu.


Walau bersendiri , hati tetap merindu akan bulatan itu

Akan jiwa2 dan roh dlm bulatan itu...


Ya muqallibal qulub,

Tetapkan hati aku atas jalanMu, atas jalanMu yang lurus

Jalan yang Kau beri nikmat..

Ku merasai nya dlm bulatan ni,

Maka ya Allah eratkan hati-hati kami

Dan thabatkan kami,

Untuk terus berada dalam bulatan itu

Sehingga akhir nafas

Walau ketika itu, islam sudah menjadi ustaziyatul alam(impian)


Bulatan cinta, menuju redhanNYA


" ...ya tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. sungguh, Engkaulah yang Maha Mendengar Maha Mengetahui . Ya tuhan kami, jadikanlah kami orang-orang yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukanlah kepada kepada kami cara-cara melakukan ibadah kami, dan terimalah tobat kami, sungguh, engkaulah Yang Maha Penerima taubat, maha penyayang" (2:127-128)

" dan Ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kpd anak-anaknya,demikian pula Ya'kub. "wahai anak-anaku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim"(2:132)



Uhibbunur,

First touch 27November2011,

Last edited,3December2011.


p/s: bulatan ni kan umpama satu nucleus yang comel

Sunday, November 20, 2011

share : Di Jalan Ini Aku Bernikah :)

"Cincin di jarinya bukan tanda ikatan istimewa, melainkan hanya mengingatkan diri bahawa dia sudah 'menikahi' jalan dakwah ini, maka semestinya dia harus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang dai'e dengan sepenuh hati."

sepenuh hati.....


.........................................................


Bismillahirrahmanirrahim..

Jari manisnya tersarung sebentuk cincin. Mengelus-elus lembut batu cincin, cantik. Mata-mata lain memuji sambil mengucapkan tahniah kepadanya.

"Wah, dah 'berpunya' rupanya! awat tak habaq? "
"cantiknya cincin, diam diam ubi berisi ea? "
"Ehem, dah khitbah rupanya ukhti ."

Dia tersenyum, tidak mengangguk, tidak menggeleng. Sahabat-sahabat mula berlalu pergi,hanya tinggal dia seorang, di taman itu.Mereka baru selesai liqo'. Alhamdulillah, syukur Allah masih beri kesempatan untuknya bernafas dalam tarbiyyah. Teringat kembali peristiwa setahun lepas, tatkala sentuhan murobbi hinggap pertama kali di hatinya.

Peristiwa setahun yang lepas takkan pernah luput dari ingatannya. Kisah bagaimana perjalanan sebuah tarbiyyah bermula. Allah. Dia sendiri seakan tidak percaya dengan perubahan yang dialaminya sekarang, berjubah, bertudung labuh, hand-socks, stoking. Tiada lagi selendang warna-warni menghiasi kepala, tiada lagi jeans skinny, tiada lagi t-shirt ketat di tubuhnya. Sudah dibuangnya jauh-jauh imej lama itu. Dia malu sebenarnya, malu memikirkan diri yang lama. Tapi digagahkan diri untuk berubah, tabahkan hati bersedia menadah telinga menerima ejekan dan perlian yang bakal diterima. Sudah dia bekali dengan senyuman di hati, sudah dia tekadkan azam, dia berubah bukan kerana manusia, tetapi kerana Tuhannya.

Begitulah perjalanannya bermula, pahit manis, lelah duri, semuanya telah tertulis dengan rapi .Alhamdulillah, masih lagi bertahan berdiri. Akhawat merupakan kekuatan utama selepas dia memasuki relung dakwah dan tarbiyyah ini. Ibarat menanam benih, dia mula menyemai fikrah islamiyyah, memperteguhkan lagi iman dan aqidahnya, semoga nanti membuahkan amal dan akhlak yang manis, semuanya demi redha Allah.

Hari ini dia di sini, bersama usrati tersayang, yang sama-sama meredah hujan dan badai di dalam dakwah dan tarbiyyah. Mereka menangis bersama, tertawa bersama, Allah, dunia seperti taman syurga bila ada mereka. Mereka berkumpul berbincang mengenai masalah ummat, bersama memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk dakwah muntij, bersatu dalam memperjuangkan tujuan yang satu-- Ustaziyatul Alam.

Dia memandang kembali cincin di jari manisnya, terletak sempurna. Ya, dia sudah bernikah. Bukan dengan mana-mana ar-rijjal, tetapi dia bernikah dengan jalan dakwah. Dia memilih untuk nikahi dakwah, kerana itu dia sudah sediakan diri sepenuhnya untuk diinfakkan di jalan ini, jalan untuk menemui Ilahi. Dia merasai bahagianya di jalan dakwah ini,bahagia yang tidak akan dirasai jika dia tidak mengenal tarbiyyah, kerana itu dia memilihnya.

Bukan tidak pernah dia didatangi suara-suara yang bertanyakan pemilik hati, tetapi dia tekad, hanya senyuman sebagai ganti penolakan. Bukan dia tidak punya hati, tetapi hatinya seakan mati tatkala ummah ibarat buih-buih di gigi air, yang berpecah belah terhempas di batu peradaban sekulerisme. Imannya menangis ketika melihat saudara seakidahnya diseksa dan dianiaya. Sakit, tenat, itulah yang dirasainya. Oleh itu dia merasakan tanggungjawabnya untuk mengembalikan kegemilangan ummat, iaitu dengan menjalani dakwah sepenuh hati. Dia punya Tuhan untuk mengadu, tidak pernah kesepian kerana dia tahu, Tuhan tidak pernah meninggalkannya.

Cincin di jarinya bukan tanda ikatan istimewa, melainkan hanya mengingatkan diri bahawa dia sudah 'menikahi' jalan dakwah ini, maka semestinya dia harus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang dai'e dengan sepenuh hati. Biarlah hatinya diisi dengan cinta Ilahi, biar mantap fikrah dan aqidah di hati, mengejar keredhaan Allah, mahu jadi bidadari kesayanganNya. Mungkin nanti dia tidak peroleh cinta di dunia, tetapi dia yakin, di syurga nanti ada cinta yang lebih bahagia untuknya.

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah maha mengetahui."
Ali Imran : 92

di jalan ini dia bernikah,
mengharapkan keredhaan dariNya.


....................................................

" Biarlah hatinya diisi dengan cinta Ilahi, biar mantap fikrah dan aqidah di hati, mengejar keredhaan Allah, mahu jadi bidadari kesayanganNya. Mungkin nanti dia tidak peroleh cinta di dunia, tetapi dia yakin, di syurga nanti ada cinta yang lebih bahagia untuknya."

sumbernya disini


p/s: touch my soul. sgt. responsibility masih banyak.

lg 1 , mgkin sebab,ad jg melalui benda yang sama.. 'rasa' yang sama... :)

huhu. macam nak kene ade reminding juga(cincin sebentuk? ^^). biar ianya simbolik, namun yang penting berbekasnya peringatan itu di hati. lagi penting kena buat kerana Nya T_T~~~~~

Thursday, November 10, 2011

si cilik Istisyhad :)

salam taaruf semua, ismi Khadijah Istisyhad ^^



bismillah

tempoh hari melawat mujahidah kecil

Khadijah Istisyhad- sedap kan nama.like sgt

puteri seorang akhawat merangkap sahabat sekolah; sama umur, sama tadika, sama sekolah rendah hingga sekolah menengah,

kira sahabat sepermainan lah dr kecik :)

khadijah bersama acik nora..

dan sekarang sahabat sy ni dah menikah, dan dah slmt melahirkan seorang mujahidah! ( oh, yang ni belum sama lagi ya..uhuk2)

mndgr cerita sambil mengutip pglmn, bak kata cik afiqah, amik berkat (adoi-_-')

alhmdulillah, acik nas (tuenyeee rase) doakan moga umi dan khadijah sentiasa dlm jagaan Allah, jangan nakal2 ya khadijah^^, moga mnjadi mata rantaian utk perjuangan umi dan abimu dalam menegakkan deen Allah~~


maaf ya khadijah, acik kekok lagi nak pegang bayi yg baru2 lg mcm awak ni ..huuu



p/s: suka nama mashitah dan sarah. suka sebab mcm lembut tp tegas.sekian

Wednesday, November 9, 2011

DIA.atur.da best~




wake.up
ingat surah as syahr
bersemangat
dush3(smbil tmbuk pipi nk suh sedor kit)

apa yang diatur semestinya dari Allah,adalh yang terbaik, dn nk tgk camna kita hadapi bende tu
dan DIA ada je sentiasa dimana-mana.
sentiasa.

.reminder.untuk.diri.

dan yg membaca.

Sunday, November 6, 2011

dari sahabat



huhu

dari blog sahabat
shbt sprjuangan yang disayangi fillah^^

:)


insyaAllah fillah insyaAllah,
doakan.ila.jannah
ameeennn

fawathiqillah humma rabitotaha, ya Allah~~~ ^_^


Friday, October 28, 2011

Think : ikan, laron dan semut

Aku senang aku senang
Tapi bingung aku bingung
Aku senang aku senang
Tapi heran aku heran

Dan akupun bertanya
Pada semua ikan di kolam
Tidakkah kau mrasa bosan di situ
Dan dia pun menjawab
Tiada bosan walau berada di tempat sekecil ini
Karna ku di sini
Setiap hari
Bersama Tuhanku

Dan akupun bertanya
Pada laron-laron beterbangan
Buat apa kau hidup semalan
Dan dia pun menjawab
Tiada tersia walau hanya smalam aku hidup di dunia
Karna dalam semalam aku hidup
Kusebut Tuhanku

Dan akupun bertanya
Pada semut-semut di sarangnya
Tidakkah kau mrasa lelah bekerja
Dan dia pun menjawab
Tiada lelah walau sepanjang hidup aku terus bekerja
Karna setiap saat
Dalam bekerja
Bersama Tuhanku

Dan aku bertanya pada hatiku
Sejauh apa hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya pada jiwaku
Selama apa hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya pada diriku
Sekeras apa kerja tanpa Tuhanmu

p/s: what a nice song!! Comel~~~~~~ (kne dengaq la lagu dia, comel)

dan deep meaning

dan menusuk...

huuuuuu

“Aku malu dengan ikan, laron dan semut...
aku bertanya pada jiwaku, hatiku, dan diriku....”





Tuesday, October 25, 2011

Repost : senyuman-itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukran lillah hamdallah..

Hari ini, penulis berkira-kira ingin menzahirkan nota dari hati penulis..

Base(asas) post hr ni: senyum

ha.ha.ha..dah terfikir ape2?

mungkin kisahnya lebih berkisar ttg diri penulis. Buat yang mengenali penulis, penulis harap agar antum dapat mengambil mne yg baik,mungkin anda akan bersetuju mahupun tidak,itu hak antum. Buat yang tidak mengenali penulis, takpe, perkara itu tidak penting sama sekali.moga semua dapat mengambil mana-mana yang baik, dan tegurlah andai ada yang salah..ok

baik. penulis mula..

~~*~~~*~~~*~~

Eh, sombong ke

Suatu hari disurau di KMNS...

Ketika sedang asyik bersembang serta bergurau bersama beberapa sahabat..

" ukhti, ana ingat enti ni sombong tau dulu.." shbtku berkata.

"oh, yeke...nmpk sombong ek" ana tertawa kecil

" huhu, sebelum kenal ingat camtu..tapi bila dah kenal, baru tau tak sombong lgsung pun..hehe"

" hrmm, baru ana tau ana nmpk sombong sblum dikenali rupanya..hehe. tak pe, susah sket org nk ngurat" sambil gelak nakal..

"hehe, enti ni.."

Dan selepas itu, bukan dari seorang ukhti je ana dengar komenan sebegini...ramai dah..waduh

"aah, kamu nmpk serius je bile jalan..tak toleh kiri kanan tgk2 orang lain ke.. dah lame saya perati"

"huhu, yeke...bagi saya, takde la wat muka serius.haha.. saya wat muka biase je..ngee, padan la orang kate sombong..adui~"

"haha.kamu,kamu.."

Seronoknya melihat senyuman

Ana masih ingat lagi, ketika di sekolah menengah dahulu, ada seorang kakak senior yang ana sgt suka melihatkannya

Kerna apa?

Kerna dia sentiasa tersenyum. Tak kisah la jumpa sesiapa(but khusus utk banat a.k.a perempuan), mesti senyum. Kadang kala kalau Nampak dia dari jauh, muka berkerut dan sepertinya ada masalah, tapi bila bertembung di tgh jalan, pasti senyuman dihadiahkan. Dari muka-yang-berkerut itu bertukar menjadi muka–yang-tenang-tiada-masalah. Wah. Jadi sejuk hati tau.

Dan di sini ada lagi seoarang tutor ana, yang ana sgt suka melihatnya juga.. orangnya sentiasa sabar dan senyum, walaupun kerenah student dia ni macam-macam..waduh (tutor tu dah smbg study..huu)

Dan ramai lagi ukhti-ukhti ana yang sebegini..

Betul lah menurut beberapa kajian, yang senyuman itu terapi buat yang memberi dan yang menerima..

Alahai, hadiah yang paling murah dan senang utk diberi..

Padanlah senyuman itu satu sedekah. Sedekah buat hati kita, sedekah kegembiraan buat sahabat kita atau orang yang menerima.

Subhanallah, hebatnya sebuah senyuman, dari mulut yang Allah ciptakan..

Perlukah senyum

Kisah pertama diatas membuat daku berfikir, perlukah utk senyum selalu..

dan melihatkan bahwa diri ini pun suka bila melihat orang tersnyum

so, why deny..

dan bila diri ini sudah bergerak jauh dalam arena dakwah ini, baru ku nampak dan mengerti keperluan dalam senyuman itu..

keperluan dalam membina dan mengekalkan ukhuwah sesama sahabt, esp sahabat seperjuangan :)

keperluan dalam menarik hati-hati mutarabbi, mad'u spy senang berada bersama kita

keperluan utk menunjukan bahwasanya, islam itu bukanlah sesuatu yang sentiasa serius dan digeruni..

keperluan utk terapi hati dan diri, spy tidak merasa lemah walaupun penat sangat..

dan banyak lagi keperluan-keperluan lain...yang tak tertaip disini..

Dan-kini-ana

Dan kini..

Ana on progress akan itu..

Ana sedang cuba untuk sentiasa senyum

Senyum buat sesiapa sahaja. kenal atau tidak..

Dah buat ujikaji. Ana puas hati..

puas dapat melihat insan yang menerima senyum dr ana, turut tersenyum..

dan hati saya turut puas walau senyuman itu tidak dibalas

aa.aa.aa..ops

ingin ana tekankan disini..

ana masih in progres..kadangkala masam juga. serius juga, sedar atau tidak.

Sebab ana in progress..

Mohon doa dari semua..especially dr yang mengenali..

Ana baru mula sikit..biar sikit-sikit ya. Tapi berterusan..insyaAllah

(*yes, ini re-post, so hasilnya x sure la skrg kan.. masih lagi terus mencuba utk jd lebih baik..doakan!)

Senyum-senyum juga..tapi

Ok, ini mungkin ingatan..

Biarlah senyuman itu mampu mendekatkan diri kita pada Allah..

Dengan melaksanakan hablumminannas~

Bukan sewenang-wenangnya senyuman seorang muslimah itu layak dilemparkan kepada sesiapa shaja..

Paham kan maksud ana?

Mahukan pencerahan? Baik, senyuman seorang muslimah buat lelaki ajnabi, rasenye tak perlu mungkin berlebih-lebihan. Cukup Sekadarnya sahaja.

Sekadarnya? Bagaimanakah? Ya, sekadar mmbuatkan rakan sekelas, cashier di supermarket, lecturer, penjual di pasar merasa kita tidak memusuhinya, dan dia merasa senang berurusan dengan kita. Senang bermaksud selesa. Tidak lebih dari itu.

Dan peringatan ini bukan hanya utk kaum Hawa di luar sana. Ini buat kaum Adam juga

Ingat, ada seketul daging disebalik 'sudur' kita yang sgt mudah berbolak balik, dan sgt sensitive. Ianya perlu dijaga. Jaga agar syaitan tak mampu menyerang kita dari segenap penjuru, dengan perkara yang mulanya bisa menjadi sedekah, akhirnya menjadi penyumbang dosa di buku 'akaun' kita. nau'zubillah! Mohon dijauhkan dari ma'siat dan dari murka-NYA

Senyumlah dengan hati

Ana baru pulang dari satu program.

Dan dari situ banyak yang ana belajar

Salah satunya: lakukan apapun dengan hati

Faham dengan hati

Baca dengan hati

Menulis dengan hati

Dan sampaikan dengan hati

Jadi, ana kira senyum pun, perlu dengan hati

Untuk siapa juga. Untuk kita yang memberi ini. Cuba try test, senyum yang bukan dr hati, dengan senyum yang ikhlas nk diberi.. bezakan?

Kita yang tidak akan puas selepas memberi senyuman plastic itu.

Dan biasanya si penerima akan merasa aura ketidak hadiran hati dlm senyuman itu .wallahua'alam

Apapun.. kita perlu cuba walau pun ikhlas itu adalah rahsia Allah..pupuk hati dan diri. Mohon petunjuk dan bantuanNya

Konklusi: senyumlah

Jika hatimu lelah, basuhlah ia dengan kesabaran.

Ceritakan dukamu pada ketabahan

Usaplah air matamu dengan harapan,

Jika kau terluka, tetaplah TERSENYUM kerana ALLAH~

Senyumlah dikala gembira, kerana itulah sebaik-baik utusan menggambarkan ketenangan di hati..

Senyumlah dikala berduka, kerna itulah m'gambarkan kerelaan hati menempuh dugaan Allah demi redhaNya

Senyumlah dengan hati kerana Allah..agar senyuman itu bisa menjadi saham yg baik diakhirah kelak~


~~*~~~*~~~*~~

buat semua: Ambil mana yang baik, tegur mana yang kurang. Semua ini dtg nya dari Allah, dn sgl kekurangan itu disandarkan pada kelemahan diri ana...wallahua'alam~


p/s: ya semua, ini re-post tulisan pd kenangan dan keadaan masa yang lalu.. masih lagi dlm process memperbaiki diri.. ambil point2 yang diwarnakan tu tau, tu yang penting.. tu yg nak dihighlightkn,tujuan re-post ini dibuat.. err cerita tu sekadar pemanis post je..kalau lah ianya manis.. hehe.. wallahua'lam.

Saturday, October 22, 2011

nak tahu tak?

assalamualaikum,

ehem... bismillah

nak tau tak ??

imam ghazali pesan...

tarbiyyah tu kan....

bukan macam kita tanam benih,





then , kita biar dia tumbuh sendiri.(mcm berharap je lah dia tumbuh kan..)

bukan.bukan.bukan

tapi

tarbiyah tu.... kita


tanam biji benih tu....



kita siram ia...



kita baja benih tu ...



kita tengok tunas dia bercambah



kita buang ulat2 walau comel tapi menganggu gugat tumbesaran pokok tu..


dannn....



dengan izin Allah...

dapatlah kita tengok bagaimana cantiknya ia membesar....

dan menjulang tinggi insyaAllah


cantik kan + best ~~~


huhu, itulah tarbiyah dan mentarbiyah, seperti yang imam ghazali pesan kan...

ops, ni sy cite ikut style sy...(err mgkin ade pnmbah perisa sikit..huhu)


oke, baik lah

ini dia script teks asal:

"Tarbiyah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh, tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan, membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi” - Imam Ghazali rahimahullah


p/s: baca dgn mata hati jom, & try follow :)
segalanya kembali kepada Allah~

ye, ttg tarbiyah lagi kali ni, sbb ia + kehidupan susah dipisahkan..huhu