Saturday, April 30, 2011

apa celupan kita?



Bismillah

Dalam kita terus berjalan dan berjalan

Melalui hari- hari yang punya banyak warna

Yang punya banyak cuaca

Kadangkala tersenyum melihat pelangi

Kadangkala gelisah menanti gerimis hilang

Di sepanjang fatrah perubahan

Tempoh 'pendidikan' ini,

Yang kamu dan saya lalui

Ya, kamu..kamu yang membaca ini.

Suka utk mengajak , utk kita sama-sama kembali merenungi

Apa sebenarnya dan bagaimana kesan yang kita mahukan?

Apa bentuk kuih(hasil) dr acuan yang kita cuba cari dan gunakan?

Celupan apa yang mahu kita terapkan dalam diri?

Kembali kepada apa ya....

Celupan apa ya....


Sibghah kita(mu'min) yang sepatutnya, sibghatullah

"Sibghah Allah" Siapa yang lebih baik sibghah-Nya daripada Allah? dan kepada-Nya kami menyembah (2:138)


kita dicelup, umpama kapas yang direndamkan dlm larutan‘dye’

Maka terseraplah ‘dye’ ke segenap ruang kapas itu

Lalu bilamana kapas yg dicelupkn itu menyentuh permukaan tisu,kain putih, kapas yang lain

Dye itu akan turut tertransfer dan mewarnai tisu,kain dan kapas tersebut..

Seperti itu lah sibghah Allah yang kita mahukan..

biar celupan dye itu celupan yang basah

serta membasahkan

moga celupan dye itu tidak kering

ya, kapas yang dicelup dye , dan kemudian kering tetap akan terpamit padanya warna dye yang indah itu

tapi syg,

ia tak mampu membasahkan..cukup syg..

moga hati kita sama-sama dibasahkan, dan membasahkan

basah..yang mampu menusuk..lalu mmbangkitkan hammasah dan amal~

sama-sama kita muhasabah kembali, muhasabah kedekatan kita pada YG Memiliki segalanya

insyaAllah


seorang yang ingin berkongsi- tentang rasa.wallahua’lam

Thursday, April 28, 2011

santai : pinjam?

bismillah

salam, greeting to all

kita santai2 je ye kali ni
short and sweet^^




may Allah bless us~

Tuesday, April 5, 2011

kisah pejuang : Umar al- Mukhtar

Umar al-Mukhtar (UM) disoalsiasat oleh tentera Italy (TI)

TI – adakah kamu berjuang menentang kerajaan Italy?
UM – ya!
TI – adakah kamu menggalakkan orang lain memeranginya?
UM – ya!
TI – adakah kamu faham apa akibat tindakan kamu?
UM – ya!
TI – adakah kamu mengaku bahawa apa yang kamu katakan ini benar?
UM – ya!
TI – sejak berapa tahun kamu menentang kerajaan Italy?
UM – sejak lebih daripada 10 tahun
TI – adakah kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan?
UM – tidak!
TI – adakah kamu tahu bahawa kamu akan dihukum bunuh?
UM – ya!

Di ketika ini, hakim mencelah – aku sedih kerana begini kesudahanmu!

UM – bahkan inilah cara terbaik untuk mengakhiri hidupku!

Kemudian hakim cuba memperdayakannya dengan mengampunan yang menyeluruh dengan syarat dia menulis surat kepada para mujahidin supaya berhenti daripada berjihad melawan Italy. Umar memandangnya seraya menghamburkan kata-katanya yang masyhur:

"Sesungguhnya jari telunjuk ini, yang bersyahadah setiap kali solat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah, tidak mungkin sama sekali akan menulis satu perkataan yang batil!”

Maka terbanglah rohnya menggapai cita-cita yang murni, syahid di jalan Allah…

*Umar al-Mukhtar dilahirkan pada 20 Ogos 1861. Mendapat gelaran Shaikh asy-Syuhada’ atau Asad as-Sahra’ (Singa Padang Pasir). Berjihad menentang Italy sejak kemasukannya ke bumi Libya sehinggalah beliau syahid di tali gantung pada 16 September 1931. Beliau telah mengharungi lebih daripada 1000 pertempuran selama lebih 20 tahun berjuang menentang Italy.

salin tampal dari SINI